Canselor Jerman Angela Merkel mengatakan Berlin sangat “bertekad” untuk meningkatkan bajet pertahanan, akan tetapi nilai dari draf cadangan anggaran menunjukkan usaha Jerman itu masih terlalu jauh di bawah apa yang diharapkan NATO.
Bajet pertahanan Jerman telah dikeluarkan kepada umum minggu ini sebagai cadangan draf belanjawan yang akan dikemukakan pada hari Rabu. Di samping 28 anggota NATO yang lain, Berlin berjanji untuk membelanjakan sekurang-kurangnya 2 peratus daripada KDNK kepada pertahanan pada 2014. Namun setakat ini gagal untuk melebihi tanda 1.4 peratus.
Keengganan untuk mematuhi piawaian NATO telah mendapat kritikan hebat daripada Presiden Amerika Donald Trump dan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg, yang mengharapkan sumbangan yang lebih besar daripada Eropah.
Sebelum perbincangan bajet, Canselor Angela Merkel mengatakan bahawa Jerman “bertekad untuk meningkatkan belanjawan pertahanannya ke arah sasaran NATO.”. Walau bagaimanapun, angka-angka dari draf tersebut menyatakan perkara yang berbeza.
Menurut Akhbar Spiegel, kerajaan hanya menetapkan sedikit untuk pembiyaan angkatan bersenjatanya. Ia dijangka meningkat kepada 1.37 peratus daripada KDNK negara tetapi kemudian bahagian perbelanjaan akan merosot kepada hanya 1.25 peratus daripada KDNK menjelang 2023.
Keraguan mengenai isu ini telah mendorong tindak balas yang keras dari Duta Besar Amerika Richard Grenell. Diplomat itu menuduh kerajaan “mengurangkan komitmen yang tidak boleh diterima kepada persediaan ketenteraan” serta menambah bahawa ia adalah “isyarat yang dikhuwatiri kepada 28 sekutu NATO Jerman.”
Angka-angka dari 2018 menunjukkan bahawa, selain dari Amerika, perbelanjaan pertahanan purata ahli NATO berjumlah 1.47% – jauh di bawah cadangan 2% yang dicadangkan pada mulanya. Hanya 4 negara Eropah – Greece, Estonia, UK dan Latvia – berjaya memenuhi sasaran. – RT
