Sebuah Video pesta tarian yang dianjurkan oleh selebriti media sosial di Arab Saudi telah mencetuskan kontroversi selepas beberapa hari kerajaan Saudi itu mengeluarkan larangan penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di masjid.
Sebahagian pakar pemerhati percaya bahawa tindakan keterlaluan tersebut mencerminkan sikap Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman (MBS) yang berusaha untuk “modernisasi” kerajaan pimpinannya.
Namun, ramai masyarakat Arab Saudi percaya bahawa MBS cuba untuk memesongkan dan melemahkan tradisi bangsa Arab dan Islam itu sendiri dengan dalih memerangi ekstremisme dan mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan.
Mereka percaya bahawa bin Salman menggantikan identiti ekstremisme Wahabi kepada identiti yang lainnya iaitu menerapkan budaya Barat yang memesongkan dari agama Islam itu sendiri.
Di laman Twitter, reaksi masyarakat Saudi dengan hashtag “sikap jijik selebriti Saudi”, oleh kerana berani menayangkan pesta liar sedemikian yang melibatkan tarian para wanita separuh bogel, ke dalam masyarakat Saudi yang sangat konservatif.
Beberapa individu juga mengesa pihak berkuasa Arab Saudi untuk menahan dan menjatuhkan hukuman berat ke atas penganjur parti berkenaan.
Selebihnya mengkritik aktiviti berkumpul beramai-ramai tanpa penjarakan sosial, walaupun prosedor COVID-19 telah diperketatkan.
Minggu lalu, Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi mengeluarkan kenyataan yang melarang penggunaan pembesar suara masjid untuk lantunan azan, dan memberitahu pihak masjid untuk memastikan tahap volume “tidak melebihi satu pertiga dari jumlah pembesar suara yang ada.”
Walau bagaimanapun, kementerian Saudi kemudiannya membenarkan penggunaan pembesar suara untuk hari Jumaat dan solat Hari Raya, setelah keputusan sebelumnya dikecam teruk oleh aktivis yang ada di Arab Saudi.
Sumber berita: Press TV
