Tentera rejim Israel telah menyerbu perkarangan Masjid al-Aqsa di Jerusalem al-Quds sebagai tindakan “provokatif” ketika mana usaha gencatan senjata di wilayah Palestin terbabit masih berterusan.
80 orang telah tercedera ketika serbuan rejim haram zionis terbabit ke atas jemaah setelah solat jumaat dengan melempar bom bunyi dan menembak peluru getah.
Tentera rejim berkenaan juga menangkap beberapa orang pemuda dan ada dikalangan mereka yang tercedera samasa serbuan di Bab al-Asbat, dan pihak tentera rejim itu juga menghalang kakitangan perubatan untuk merawat mereka yang tercedera.
Presiden Palestin mengutuk serangan rejim Israel itu dan menyifatkannya sebagai “provokasi” yang tidak dapat diterima.” Ia juga mendesak masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada rejim Israel agar menghentikan pencerobohan dan serangannya di tapak suci umat Islam itu.
Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Daifallah al-Fayez mengatakan dalam satu kenyataan pada hari Jumaat bahawa serangan itu adalah “tindakan provokatif yang dikecam dan tidak dapat diterima” yang menentang usaha gencatan senjata oleh masyarakat antarabangsa untuk menghentikan keganasan dan pembantaian di Jerusalem dan wilayah Palestin yang dijajah.
Gencatan senjata telah dicapai di Gaza pada pukul 2 pagi pada hari Jumaat setelah 11 hari pembantaiaan rejim Israel berlangsung.
Pada hari Jumaat itu juga menyaksikan beberapa penunjuk perasaan di seluruh tebing Barat yang menyokong perjuangan al-Quds dan bersoladiriti bersama mangsa kekejaman rejim Israel di Jalur Gaza yang dikepung.
Di Desa Ni’lin, tentera rejim Israel menyerang penunjuk perasaan dengan menggunakan gas pemedih mata, menyebabkan puluhan orang mengalami masalah pernafasan akibat menghirup gas pemedih mata terbabit. Hal yang sama berlaku di kota Bethlehem dan al-Khalil (Hebron) ketika rejim bertindak menyerang demonstrasi di sana.
Di Tubas, pasukan tentera rejim Israel juga menggunakan peluru hidup dan peluru getah terhadap rakyat Palestin yang melancarkan demonstrasi soladiriti terhadap saudara mereka di Jerusalem.
Terdapat sejumlah demontrasi anti-pencerobohan di beberapa wilayah di Tebing Barat pada hari Jumaat kelmarin, termasuk di perkampungan Beit Dajan, di timur Nablus, dan mereka juga diserang dengan gas pemedih mata oleh tentera rejim.
Sementara itu, seorang warga Palestin dilaporkan terkena tembakan peluru hidup semasa demontrasi diserang rejim.
Di perkampungan Kafr Qaddum, tiga orang warga Palestin terkena tembakan peluru getah dan puluhan yang lainnya mengalami kesukaran bernafas akibat gas pemedih mata.
Lebih dari 600,000 penceroboh Israel tinggal di lebih dari 230 penempatan haram yang dibina sejak penjajahan rejim Israel pada tahun 1967.
Semua penempatan haram rejim Israel tidak sah berdasarkan undang-undang antarabangsa kerana ia dibina di atas tanah yang dijajah secara paksa dan kejam. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengutuk kegiatan pencerobohon rejim Israel dalam beberapa resolusi PBB.
Sumber berita: Press Tv