Israel telah mengalami kerugian langsung ekonominya sebanyak hampir $37 juta Usd pada setiap hari ia mengebom Gaza, menurut akhbar Israel, Yedioth Ahronoth.
Anadolu Agency melaporkan yang akhbar Israel itu sebagai berkata untuk lapan hari pertama kempen pengeboman Gaza, Israel mengalami kerugian yang menyamai apa yang mereka alami semasa perang 50 hari pada tahun 2014 ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung itu.
Israel membangkitkan hal ini ekoran pertempuran harian di Semenanjung Gaza dianggarkan mencecah $37 juta Usd setiap hari, lapor Anadolu pada hari Selasa.
Akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan lebih daripada 4000 rakyat Israel menuntut ganti rugi untuk kerosakkan rumah, perabot, kenderaan, dan harta benda lain. Kilang-kilang, gudang-gudang, pelbagai syarikat dan kedai serta projek-projek pertanian di sekitar kawasan Gaza telah menanggung kerugian besar akibat tembakkan roket Palestin, tambah akhbar itu.
Selama lapan hari pertama dari apa yang digelar Israel sebagai ‘Operasi Kawalan Tembok’, pejuang Palestin telah melancarkan 3500 roket terhadap Israel, berbanding sekitar 4500 roket sepanjang perang 2014 di wilayah tersebut. Akibatnya, pada tahun 2014 kerugian harta benda persendirian dianggarkan mencapai 200 shekel ($ 61 juta Usd), berbanding 120 juta shekel ($ 37 juta Usd) setiap hari pada tahun ini.
Bercakap kepada akbar The Jerusalem Post, pakar peluru berpandu Uzin Rabin menganggarkan kos roket jarak dekat Qassam yang dilancarkan Hamas adalah sekitar $300 – $800 Usd setiap satu.
Rubin, seorang jurutera pertahanan Israel telah menyatakan bahawa roket terbaik Hamas “dihasilkan secara sederhana dan murah”.
Sementara itu, Tal Inbar, mantan pengerusi pusat kajian angkasa Institut Fisher telah menganggarkan kos sistem pertahanan Israel iaitu sistem penangkis peluru berpandu Iron Dome adalah di antara $50 – $100 ribu Usd utk setiap kali penggunaanya.
Sejak bermulanya serangan Israel di Gaza pada 10 Mei, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan sebanyak 217 kematian, termasuk 63 orang kanak-kanak, 36 wanita dan 16 orang tua. Manakala 1,500 orang telah mengalami cedera, termasuk 50 orang yang berada dalam keadaan kritikal. Sementara itu, sepuluh warga Israel juga telah dilaporkan terbunuh.
Sumber berita: Middle East Monitor