0Pesawat perang Israel telah melakukan serangkaian serangan udara terhadap sasaran di sepanjang Semenanjung Gaza ketika rejim Tel Aviv itu terus melakukan serangan ke atas wilayah Palestin yang dikepung.
Tentera Israel dalam satu kenyataan mengatakan bahawa serangan pada Jumaat malam dilakukan terhadap sasaran-sasaran kepunyaan gerakan kebangkitan Hamas, beberapa jam setelah Tel Aviv mendakwa bahawa roket telah dilancarkan dari kawasan wilayah di selatan Israel.
Peluru berpandu itu mengaktfkan siren roket di Sderot, Ibim dan Nir Am di selatan Israel.
Kenyataan itu menambah bahawa jet tempur dan pesawat Israel menyerang sejumlah sasaran di Semenanjung Gaza.
Agensi berita Wafa Palestin berbahasa Arab, memetik sumber tempatan, melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua orang awam cedera ketika pesawat perang Israel menyerang sejumlah lokasi dan tanah pertanian di kawasan yang berlainan di Semenanjung Gaza, dan menyebabkan kerosakan pada rumah dan harta benda persendirian.
Sumber itu mengatakan, jet F-16 Israel telah menembak tiga peluru berpandu di sebuah lokasi di sebelah barat Rafah di selatan Semenanjung Gaza, yang menghancurkan bangunan dan mengakibatkan kebakaran. Dua orang mengalami kecederaan akibatnya.
Tapak lain dan tanah pertanian di wilayah antara kota Rafah dan Khan Younis turut diserang.
Pesawat perang Israel juga mengebom sebuah lokasi di sebelah timur kem pelarian al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza, memusnahkannya dan merosakkan kediaman dan harta benda warga jiran.
Pesawat tentera juga mengebom sebuah lokasi di barat daya Kota Gaza dengan sekurang-kurangnya dua peluru berpandu, menyebabkan kerosakan
Serangan pada Jumaat malam ke atas Semenanjung Gaza terjadi hanya sehari setelah tentera Israel mengebom wilayah Palestin.
Rejim Israel sering melancarkan serangan terhadap kawasan yang disekat, menuduh kumpulan pejuang kebangkitan di sana melancarkan roket.
Gaza telah berada di bawah sekatan darat, udara dan laut Israel sejak Jun 2007. Pengepungan yang melumpuhkan itu telah menyebabkan penurunan taraf hidup serta tahap pengangguran dan kemiskinan yang tidak pernah terjadi sebelumnya di Semenanjung Gaza.
Sejak tahun 2008, Israel telah melancarkan tiga perang ke atas Gaza, di mana dua juta penduduk Palestin tinggal di bawah sekatan Israel selama 12 tahun. Ribuan warga Gaza terbunuh dalam setiap perang yang membawa kematian ini.
Sumber berita: Press Tv
