Pasukan Tentera Israel Serang Jemaah Palestin Di Masjid Al-Aqsa

Pasukan Tentera Israel telah menyerang jemaah Palestin di perkarangan Masjid al-Aqsa di Kota Tua Jerusalem al-Quds yang diduduki, dan menahan lima orang.

Menurut sumber Palestin, pasukan tentera Israel menyerang jemaah dan melepaskan bom asap ke arah mereka selepas solat Jumaat, memaksa warga Palestin tersebut meninggalkan masjid Al-Aqsa melalui Gerbang al-Asbat.

Tentera Israel juga telah menghalang 321 orang dari Tebing Barat untuk menunaikan solat Jumaat di al-Aqsa, serta menahan empat dari mereka.

Secara berasingan, pasukan Israel terus menekan protes mingguan anti-penempatan di Tebing Barat yang dijajah pada hari Jumaat.

Di desa Beit Dajan, pasukan tentera Israel melepaskan tembakan langsung ke arah penunjuk perasaan anti penempatan, menyebabkan tiga orang cedera. Dua yang lain terkena peluru getah yang ditembak oleh tentera Israel, yang juga menggunakan gas pemedih mata terhadap para penunkuk perasaan, menyebabkan puluhan dari mereka mengalami sesak nafas.

Sebuah pusat penempatan baru-baru ini didirikan di desa tersebut. Pertembungan juga meletus antara penunjuk perasaan Palestin dan pasukan tentera Israel di Kafr Qadd, timur bandar Qalqilya.

Puluhan orang mengalami kesukaran bernafas kerana menyedut gas pemedih mata semasa pertempuran, yang juga menyaksikan pasukan Israel menggunakan bom bunyi dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan.

Lebih dari 600,000 orang Israel tinggal di lebih dari 230 penempatan yang dibina sejak pendudukan Israel 1967 di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem Timur al-Quds.

Diberi semangat oleh dasar anti-Palestin mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Israel meningkatkan pengembangan penempatannya dengan menentang Resolusi 2334, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyebut penempatan di Tebing Barat dan Jerusalem Timur al-Quds “satu pelanggaran yang nyata berdasarkan undang-undang antarabangsa.”

Semua penempatan Israel itu adalah tidak sah berdasarkan undang-undang antarabangsa kerana ianya dibina di tanah yang diduduki.

 

 

 

Sumber berita: Press Tv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *