Sekurang-kurangnya dua roket telah mendarat dekat kedutaan Amerika di Zon Hijau, Baghdad tengah, yang menempatkan kedutaan asing dan beberapa institusi utama kerajaan Iraq.
Sel Media Keselamatan Iraq mengumumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Twitter rasminya bahawa proyektil tersebut melanda di kawasan Zon Hijau pada petang Isnin.
سقوط صاروخين على المنطقة الخضراء، من دون وقوع إصابات، والمتابعة مستمرة من قبل القوات الأمنية، وسنوافيكم بالتفاصيل لاحقاً .
— خلية الإعلام الأمني🇮🇶 (@SecMedCell) February 22, 2021
Roket tersebut hanya menyebabkan beberapa kerosakan material, dan tiada kemlangan jiwa dilaporkan.
Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan roket itu.
Seorang sumber keselamatan, yang tidak mahu disebutkan namanya, memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya satu roket melanda ibu pejabat Perkhidmatan Keselamatan Negara Iraq berhampiran misi diplomatik Amerika.
Roket lain menghentam kawasan kediaman berdekatan, termasuk sebuah kompleks tempat letak kereta bertingkat di kejiranan barat Baghdad, al-Harithiya, kata seorang saksi yang tidak disebutkan namanya.
Serangan itu berlaku sehari selepas roket Katyusha mensasarkan pangkalan udara al-Balad, di mana sebuah syarikat Amerika mempunyai ibu pejabatnya, di utara Baghdad.
Sumber keselamatan mengatakan sekurang-kurangnya seorang kontraktor tempatan untuk Sallyport, yang menjaga jet pejuang F-16 Tentera Udara Iraq di pangkalan, cedera dalam kejadian itu.
Dalam serangan lain minggu lalu, rangkaian televisyen berbahasa Arab al-Sumaria, memetik sumber polis yang tidak disebutkan namanya, melaporkan bahawa seorang pengawal keselamatan Iraq mengalami kecederaan setelah bom di tepi jalan meletup berhampiran konvoi trak yang membawa logistik milik gabungan pimpinan Amerika di wilayah tengah al-Qadisiyah Iraq.
Sentimen anti-Amerika telah meningkat tinggi di Iraq sejak pembunuhan komandan anti keganasan Iran Leftenan Jeneral Qassem Soleimani, komandan Pasukan Quds Pengawal Revolusi Islam Iran, dan rakannya dari Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis, wakiln ketua Unit Mobilisasi Popular, bersama dengan rakan-rakan mereka dalam pembunuhan dengan serangan udara drone Amerika yang dibenarkan oleh bekas presiden AS Donald Trump berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada 3 Januari tahun lalu.
Anggota parlimen Iraq meluluskan rang undang-undang dua hari kemudian, menuntut penarikan semua pasukan tentera asing yang diketuai oleh Amerika Syarikat dari negara itu.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 2,500 tentera Amerika di Iraq.
Sumber berita: Press Tv
