Qatar beri bantuan kepada pelarian Syria di Lubnan

Qatar Charity pada hari Ahad (17/2) memberikan bantuan kemanusiaan kepada beribu-ribu orang Syria dalam khemah  di tengah-tengah keadaan musim sejuk di rantau Arsal, kota Bekaa, Lubnan.

Dalam kenyataan bertulis dari organisasi bantuan terbabit, dikatakan bahawa ramai pelarian Syria memerlukan bantuan segera dalam kempen “bantuan Arsal” yang disokong oleh Dana Pembangunan Qatar.

Bantuan itu adalah selaras dengan apa yang diumumkan sebelum ini oleh kerajaan Qatar yang akan memberi sebanyak USD50 juta (RM 205 juta) bantuan untuk pelarian Syria yang memerlukan.

Kira-kira 11,000 keluarga Syria telah menerima bantuan kemanusiaan, 5,000 dari mereka mendapatkan bahan bakar untuk menangani musim sejuk dan sekitar 4,000 ribu diberikan kupon untuk membeli pakaian musim sejuk.

Terdahulu tahun ini, Emir Qatar Tamim bin Hamad Al Thani memerintahkan untuk memperuntukkan sumbangan bernilai USD50 juta (RM 205 juta) sebagai bantuan kepada pelarian Syria yang tersebar ke pelbagai negara.

Wilayah Arsal kini menjadi rumah kepada kira-kira 60,000 pelarian Syria yang berjuang di khemah-khemah dalam keadaan sukar di tengah musim sejuk. – Anadolu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *