Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan ketua Majlis Kedaulatan Sudan, Abdel Fattah Al-Burhan, dijadualkan bertemu di Uganda dalam waktu dekat untuk membincangkan hubungan dua hala, lapor media Israel.
Laman berita Israel, i24News memetik sumber yang dekat dengan Majlis Kedaulatan Sudan sebagai mengatakan bahawa satu sidang media akan diadakan di Dewan Abbasi, sebelah timur Hospital Zaytuna di Khartoum, esok di mana Kolisi Persahabatan Sudan-Israel akan diumumkan.
Al-Burhan, yang baru-baru ini mengunjungi UAE, mengatakan bahawa dia telah berbincang dengan pegawai AS beberapa isu dalam lawatan itu, termasuk “perdamaian dengan Israel”.
Pada masa sama, utusan AS ke PBB, Kelly Craft, mengatakan pada hari Rabu bahawa negara Arab lain akan mengikuti pimpinan UAE dan Bahrain dan menormalkan hubungan dengan Israel dalam dua hari akan datang.
Netanyahu dan Al-Burhan bertemu awal tahun ini di Uganda dan bersetuju untuk mula menormalkan hubungan.
Laporan berita telah mengungkapkan bahawa Sudan telah meminta agar dikeluarkan dari daftar penaja terorisme negara dan diberikan bantuan sebagai balasan untuk menormalkan hubungan dengan negara pendudukan.
Beberapa anggota gabungan Sudan yang berkuasa, termasuk Umma dan Parti Komunis, menentang keras normalisasi hubungan dengan Israel.
Sumber berita: Middle East Monitor
