Sebuah syarikat Sepanyol mengumumkan semalam bahawa ia telah menolak tawaran Israel untuk membina sebahagian daripada rangkaian keretapi di Jerusalem, yang akan memotong jauh ke wilayah yang diduduki.
Al-Wattan Voice melaporkan bahawa, Construcciones y Auxiliar de Ferrocarriles (CAF or Construction and Other Railway Services) mengumumkan bahawa syarikat itu “enggan membina sebahagian daripada rangkaian keretapi di Jerusalem kerana akan merampas tanah Palestin serta melanggar resolusi antarabangsa”.
Pekerja syarikat tersebut juga menolak untuk terlibat dalam projek ini di kawasan yang sama. Wakil pekerja mengatakan bahawa masalah akan timbul kerana rangkaian keretapi itu akan melalui tanah Palestin untuk memberi penempatan haram di Baitulmuqaddis Timur.
“Sebarang projek pembinaan di mana-mana bandar di seluruh dunia, terutama Jerusalem, mesti menghormati hak asasi manusia dan resolusi antarabangsa dalam pelaksanaannya,” tegas CAF.
CAF menambah “Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), melalui pelbagai resolusi, telah mengatakan bahawa mereka menentang pendudukan tanah yang akan melewati bahagian daripada rangkaian keretapi tersebut”. – Middle East Monitor
