Syria: Pesawat Penumpang Iran Didekati Jet Tempur Yang Didakwa Milik AS

Stesen Tv Republik Islam Iran pada hari Khamis mengeluarkan rakaman yang menunjukkan bahagian dalam penerbangan komersial Iran setelah pesawat itu didekati dengan jet pejuang yang dituduh Iran adalah milik AS atau Israel di ruang udara al-Tanf Syria.

Pesawat Mahan Airlines 1152 didakwa telah melakukan junaman bagi mengelakkan perlanggaran dengan jet pejuang itu. Beberapa penumpang cedera akibat junaman tersebut.

“Ketika kami berada di ruang udara Syria, tiba-tiba satu jet pejuang menghampiri pesawat Mahan Air dan juruterbang mengurangkan ketinggian untuk mencegah perlanggaran dan ini menyebabkan beberapa penumpang penerbangan 1152 cedera,” kata seorang wartawan TV kerajaan Republik Islam Iran yang terbang dengan kapal terbang tersebut.

Rakaman menunjukkan penumpang dan kabin yang cedera. Pesawat terbang tepat di atas al-Tanf, di mana AS mempunyai pangkalan tentera dan dalam perjalanan dari Tehran ke Beirut. Laporan yang memetik pegawai AS mengatakan bahawa jet tentera Amerika terbang di sekitar pesawat Iran pada masa kejadian.

 

 

Sumber berita dan video: Ruptly Tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *