Pertubuhan Tahanan Palestin menyatakan bahawa negara penjajah Israel telah menangkap lebih dari 600 warga Palestin di Jerusalem.
Pertubuhan itu menambah bahawa meskipun ada keprihatinan global tentang wabak Covid-19, pihak berkuasa Israel tetap meneruskan penahanan hariannya dan mensasarkan warga Palestin di Jerusalem.
Pada hari Selasa,5 Mei,pasukan Israel dilaporkan telah menangkap 13 warga Palestin dari Jerusalem, termasuk Setiausaha Agung Kongres Rakyat Nasional di Jerusalem, Bilal Natsheh, dan pengarahnya, Muath Ashahb, bersama dengan Jeneral Imad Awad.
Pihak Israel juga menahan penulis dan aktivis Hak Asasi Manusia Rania Hatem, Mustafa Abu Zahra, Jadallah Ghoul, dan wartawan Tamer Obeidat.
Pertubuhan mengesahkan bahawa penahanan Israel di Jerusalem itu adalah yang paling buruk dibandingkan dengan penahanan di kota-kota lain.
Hal ini juga menunjukan bahwa Israel kerap mensasarkan pemimpin PA dan aktivis hak asasi manusia, yang tentunya dapat menghabiskan kehadiran pemimpin penting Palestin di kota itu.
Sementara itu polis Israel menangkap tujuh aktivis Palestin dengan alasan mereka telah melakukan kegiatan melawan undang-undang Israel.
Sumber berita: Berita Dunia.net
