Iran Kutuk Komen Ketua NATO Tentang Pembunuhan Jeneral Soleimani oleh A.S.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran mengutuk keras komen setiausaha agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam menjustifikasikan pembunuhan komander Iran Lt. General Qassem Soleimani oleh Amerika.

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, Abbas Mousavi mengutuk komen baru-baru ini dari Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg dalam menjustifikasikan pembunuhan Lt. Jeneral Soleimani oleh AS, dengan mengatakan kenyataan itu dibuat tanpa menghiraukan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa.

“Prestasi organisasi ketenteraan ini (NATO), salah satu daripada anggota berpengaruhnya, iaitu rejim AS, adalah negara pengganas pada skala global, tidak menghasilkan pencapaian membanggakan pada tahun-tahun kebelakangan ini melainkan kemusnahan, peperangan, dan ketidakamanan bagi rakyat serantau dan dunia, “kata Mousavi.

“Menjustifikasikan langkah rejim AS dalam pembunuhan tidak adil Jeneral Soleimani telah menutup mata kepada peranan komander hebat ini dalam perjuangan yang tegas dan penting terhadap pengganas dan pemusnahan Daesh (ISIS) dan menghapuskan ancaman kumpulan pengganas lagi buas dari rantau ini dan kawasan di luar rantau ini, hingga menjangkau sempadan Eropah, “kata jurucakap itu.

Mousavi juga menyatakan bahawa setiausaha agung NATO telah mengejek pendapat umum dunia dengan membenarkan keganasan dan langkah bacul dari ahli terbesar NATO sebelum mengambil kira pandangan dunia yang terkejut dan bimbang akan pembunuhan pegawai tinggi tentera Iran yang telah dijemput oleh kerajaan Irak yang sah.

Jurucakap Iran itu juga melahirkan rasa kesal terhadap NATO yang telah menjadi alat untuk membenarkan tindakan Amerika Syarikat dan beberapa sekutu Eropahnya bagi mencapai objektif politik mereka di rantau ini.

“Republik Islam Iran percaya bahawa keselamatan akan kembali ke rantau ini apabila kegiatan ganas pasukan ekstra serantau, yang sebahagiannya aktif di bawah bendera NATO, akan berakhir dan menyediakan keamanan serantau yang akan diamanahkan kepada kerajaan serantau,” simpul beliau, menurut laman web Kementerian Luar Negeri.

Dalam kenyataan selepas pertemuan luar biasa NATO pada hari Isnin, Stoltenberg berkata semua anggota NATO berdiri di belakang AS di Timur Tengah selepas pembunuhan Lt. Jeneral Soleimani oleh Amerika di Iraq.

 

Sumber berita: Tasnim News Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *