Rejim Zionis Musnahkan 22 Bangunan Palestin

Tentera Israel bertindak memusnahkan 22 bangunan milik Palestin di Tebing Barat disebabkan ketiadaan permit bangunan, sejak dua minggu lalu.

Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dalam laporan dua minggu sekali mengenai pelanggaran hak asasi manusia Israel mengatakan, keadaan berkenaan telah mengakibatkan 800 orang penduduk terjejas.

OCHA berkata, separuh daripada struktur yang dirobohkan di Tebing Barat sebelum ini merupakan pusat bantuan kemanusiaan.

“Kemudian, lapan struktur lain yang terletak di kawasan yang diisytiharkan tutup untuk latihan ketenteraan Israel (zon menembak),” kata OCHA.

Sementara itu, pada 28 November lalu, tentera Israel telah menghancurkan empat buah rumah di Beit Kahil, Hebron dan mengakibatkan 15 orang hilang termasuk enam kanak-kanak.

Insiden berkenaan mencetuskan perbalahan dengan pasukan keselamatan Israel sehingga mengakibatkan enam warga Palestin cedera.

“Sejak awal tahun 2019, lebih 7,500 pokok milik Palestin telah dimusnahkan, yang dilaporkan oleh peneroka Israel.

“Menurut WAFA pula, pada 9 Disember lalu, beberapa penceroboh telah berada di kawasan kejiranan Shu’fat di Baitulmaqdis Timur dan telah menyembur cat di dinding beberapa bangunan,” kata OCHA. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *