Letupan baharu dilaporkan dalam peranti komunikatif di Lubnan

Satu laporan yang belum disahkan menyatakan letupan baharu telah melanda peranti komunikasi tanpa wayar di Lubnan pada hari Rabu.

Sumber Lubnan berkata bahawa tidak jelas jenis peranti komunikasi yang diletupkan di Lubnan.

Bagaimanapun, beberapa media memetik sumber tempatan Lubnan sebagai berkata bahawa peranti komunikasi tertentu termasuk walkie-talkie meletup di pinggir bandar selatan Beirut.

Terdapat laporan mengatakan bahawa beberapa telefon bimbit iPhone telah meletup.

Reuters memetik sumber keselamatan sebagai berkata, peranti komunikasi yang meletup di Lubnan hari ini berbeza daripada peranti alat kelui(pager) yang meletup semalam.

Menurut Reuters, radio pegang tangan yang digunakan oleh kumpulan Muqawamah Lubnan Hizbullah meletup lewat petang Rabu di seluruh selatan negara itu dan di pinggir selatan ibu kota Beirut, kata sumber keselamatan dan saksi. Sekurang-kurangnya satu daripada letupan berlaku berhampiran pengkebumian anjuran Hizbullah bagi mereka yang syahid pada hari sebelumnya apabila beribu-ribu alat kelui yang digunakan oleh gerakan Muqawamah meletup di seluruh negara.

 

 

Sumber berita: Mehr News Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *