Pergerakan penentangan Palestin Hamas telah memuji operasi anti-Zionis di bandar pelabuhan Ashdod di bahagian barat wilayah yang diduduki, dengan mengatakan operasi itu adalah tanda kepercayaan rakyat Palestin dalam pilihan muqawamah.
Dalam satu kenyataan pada hari Isnin, Hamas menyifatkan operasi itu sebagai “perwira” dan tindak balas semula jadi terhadap jenayah rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
“Operasi ini menunjukkan kepercayaan rakyat Palestin dalam pilihan muqawamah untuk menyingkirkan penajajahan dan merealisasikan kebebasan dan kemerdekaan,” kata kenyataan itu.
“Kami menjemput wira negara Palestin yang mencari kebebasan dan revolusi di Tebing Barat dan al-Quds yang dijajah dan semua bahagian Palestin untuk meluaskan muqawamah habis-habisan terhadap musuh fasis yang tidak memahami apa-apa selain bahasa kekerasan,” katanya.
Pergerakan muqawamah yang berpangkalan di Gaza itu juga berkata “musuh perang Zionis” mesti memahami bahawa semua jenayah dan pembunuhan penjajah tidak akan menyebabkan rakyat Palestin melepaskan usaha mereka untuk mencapai kebebasan dan menuntut semula tanah mereka.
Media Israel melaporkan bahawa tiga peneroka cedera parah dalam serangan pisau pada petang Ahad berhampiran pusat membeli-belah di bandar selatan Gan Yavne di wilayah yang diduduki.
Sumber berita: IRNA English
