Hizbullah menegaskan bahawa operasinya adalah untuk menyokong rakyat Palestin yang berdaya tahan dan Muqawamah mereka
Muqawamah Islam di Lubnan – Hizbullah mengumumkan bahawa pejuangnya melancarkan dua serangan dron berani mati di dua pelancar Iron Dome di tapak tentera Israel “Kfar Blum” pada jam 12:20 tengah hari (waktu tempatan), memberikan pukulan tepat kepada sasaran.
Hizbullah seterusnya menegaskan bahawa operasi ini hadir “untuk menyokong rakyat Palestin yang berdaya tahan di Gaza dan solidariti dengan Muqawamah mereka yang berani dan terhormat.”
Awal hari ini(Sabtu), Hizbullah melancarkan operasinya pada tengah hari dengan melibatkan berek “Ramim” Israel menggunakan peluru artileri.
Muqawamah juga menyasarkan peralatan pengintipan Israel di tapak al-Radar di Ladang Shebaa Lubnan yang diduduki pada 1:10 petang, menggunakan senjata yang tepat dan memberikan pukulan tepat kepada sasaran.
Pada jam 01:15 pagi, Hizbullah terus menyasarkan pos Bayad Blida Israel.
Dalam masa yang sama, tentera penjajah Israel terus menyasarkan kampung di selatan Lubnan ketika mereka membedil kawasan antara Alma al-Shaab dan al-Dhayrah, selain Wadi al-Saluki dan pinggir Kfar Kila, Kfar Chouba, dan Jabal al-Sadana, menurut wartawan kami.
Israel tidak mampu mengendalikan operasi Hizbullah
Di tengah-tengah serangan Hizbullah ke atas “Kfar Blum”, media Israel menyatakan ketakutan terhadap ketiadaan pencegahan terhadap operasi yang dilancarkan oleh Muqawamah Islam di Lubnan, dengan menekankan bahawa ketiadaan sebarang amaran sebelum operasi ini adalah “masalah sebenar”.
Sebelum operasi di “Kfar Blum”, siren tidak diaktifkan, yang membawa kepada kebakaran di kawasan itu oleh kerana tidak ada peluang untuk mengambil langkah kecemasan yang sewajarnya, tambah media Israel.
Media Israel juga melaporkan bahawa di kalangan Israel melihat serangan ke atas ‘Kfar Blum” dengan serius dan berhati-hati, menjelaskan bahawa keputusannya tidak boleh diterbitkan.
Hizbullah menyasarkan tapak penjajah menggunakan dron dan senjata artileri
Muqawamah Islam di Lubnan – Hizbullah mengumumkan pada 23 Mac bahawa ia menyasarkan tapak Roueissat al-Alam di kawasan bukit Lubnan yang diduduki di Kfar Chouba, mengesahkan beberapa kematian.
Dalam satu kenyataan, Muqawamah menyatakan bahawa pejuangnya menyasarkan sekumpulan askar penjajah di sekitar tapak Israel Jal al-Allam, yang menghadap perkampungan Alma al-Shaab di selatan Lubnan, dengan senjata artileri, membunuh dan mencederakan anggotanya.
Pejuang Hizbullah menyerang penempatan Israel “Metulla”, yang menghadap bandar Kfar Kila, dengan dron tempur, melibatkan kereta kebal yang diletakkan di dalam penempatan itu.
Di sekitar berek “Zar’it”, bertentangan dengan bandar Ramyah, Muqawamah telah menyasarkan satu perhimpunan askar penjajah dengan peluru artileri, yang membawa kepada kematian dalam kalangan askar berkenaan.
Sumber berita: Al Mayadeen English
