AS: Trump Mahu Tehran Kembali Ke Meja Rundingan

Duta khas Amerika Syarikat ke Iran berkata dasar Amerika Syarikat untuk Iran bertujuan untuk membawa masalah kedua-dua negara ke meja rundingan dan Washington tidak mahu tindakan ketenteraan.

“Tiada siapa yang boleh meragui keinginan kami untuk mendamaikan dan memperbaiki hubungan jika kami mencapai persetujuan yang komprehensif,” kata Brian Hook pada hari Rabu.

Hook berkata, kerajaan Amerika Syarikat mahu memberi tekanan kepada ekonomi Tehran supaya mereka bersedia untuk merundingkan semula perjanjian nuklear.

Pada hari Isnin, Pentagon meluluskan penempatan 1,000 tentera tambahan ke Timur Tengah selepas dua buah kapal tangki di Teluk Oman diserang. Amerika Syarikat juga telah menuduh Iran bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Menurut Hook, penempatan itu tidak bertujuan tindakan ketenteraan, tetapi tindakan semata-mata untuk pertahanan.

Sementara itu, anggota Kongres menyatakan kebimbangan mereka tentang kemungkinan pentadbiran Trump akan menggunakan Akta Kebenaran untuk Menggunakan Kuasa Ketenteraan (AUMF) dan kemudian mengisytiharkan perang dengan Iran.

Undang-undang itu telah diluluskan pada 2011 selepas peristiwa 11 September memberi kuasa kepada tentera untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang bertanggungjawab terhadap serangan itu.

“Kami akan melakukan semua yang perlu dilakukan dan kerajaan akan mematuhi undang-undang,” kata Hook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *