Yaman menjalankan operasi dron terhadap ‘beberapa’ kapal perang AS bagi menyokong Gaza

 

Tentera udara Yaman telah menyasarkan “beberapa” buah kapal perang Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah dan Laut Arab dengan “sejumlah dron”.

Yaman telah menjalankan operasi seperti itu sejak beberapa minggu lalu dalam paparan sokongan padu untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang terkepung.

Brigedier Jeneral Yahya Saree, jurucakap tentera Yaman, berkata dalam satu kenyataan pada hari Selasa bahawa operasi dron itu telah mensasarkan “kapal perang musuh AS” dan “tapak sensitif” di wilayah Palestin yang diduduki Israel, lapor agensi berita rasmi Yaman, Saba Net.

Saree berkata tapak itu terletak di bandar Umm Rashrash, juga dikenali sebagai Eilat, di bahagian selatan wilayah yang diduduki.

Jurucakap Yaman berkata unit tentera laut angkatan tentera telah menjalankan operasi dengan menyasarkan kapal Israel MSC SILVER di Teluk Aden “ dengan beberapa peluru berpandu tentera laut yang sesuai”.

“Operasi ini hadir sebagai kemenangan bagi rakyat Palestin, yang dibelenggu pencerobohan dan pengepungan sehingga saat ini, dan sebagai tindak balas kepada pencerobohan Amerika-British terhadap Yaman,” jelas Saree.

Angkatan tentera Yaman telah menyasarkan kapal Israel dan kapal-kapal yang menuju ke pelabuhan Israel sejak November sebagai solidariti dengan Palestin di Gaza.

Menurut rangkaian televisyen al-Masirah Yaman, angkatan tentera Yaman sejak 19 November 2023 telah menjalankan 30 operasi tentera laut, menyasarkan 32 buah kapal, termasuk tiga kapal milik rejim Israel, 13 kapal AS, 6 kapal British dan 10 kapal yang menuju ke pelabuhan Israel.

Israel telah membunuh lebih daripada 29,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan kira-kira 70,000 yang lain di Gaza sejak rejim itu melancarkan serangan yang disokong AS pada 7 Oktober 2023.

Ibrahim Mohammad al-Deilami, duta Yaman ke Iran berkata pada Ahad bahawa angkatan tentera Yaman akan menyerang mana-mana sasaran AS dan British “dalam jarak tembak” sebagai tindak balas kepada tindakan pencerobohan mereka baru-baru ini terhadap wilayah Yaman.

Operasi pro-Palestin Yaman telah mendorong beberapa syarikat perkapalan untuk melencong di sekitar selatan Afrika untuk mengelakkan Laut Merah, yang biasanya membawa kira-kira 12 peratus daripada perdagangan maritim global.

Tentera Yaman berkata hanya kapal Israel, AS dan British yang menjadi sasaran, sambil menegaskan bahawa negara lain boleh menyakini tentang keselamatan kargo mereka.

 

 

Sumber berita: Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *