Kata’ib Hezbollah Iraq memberi amaran kepada Amerika, Israel terhadap serangan ke atas Lubnan, Yaman

 

Kumpulan anti-keganasan Iraq Kata’ib Hezbollah telah menekankan perpaduan barisan muqawamah dalam menghadapi plot Amerika-Israel di Asia Barat, memberi amaran terhadap sebarang serangan ke atas Yaman, Lubnan dan negara Islam lain di seluruh rantau ini.

Jafar al-Hussaini, jurucakap pergerakan Kata’ib Hezbollah, membuat kenyataan itu dalam temu bual dengan rangkaian televisyen al-Mayadeen Lubnan pada hari Selasa semasa beliau menunjukkan kebersamaan dan perpaduan yang dipertingkatkan di kalangan Paksi Muqawamah susulan Operasi Ribut al-Aqsa 7 Oktober, operasi ketenteraan terbesar oleh kumpulan muqawamah Palestin terhadap Israel dalam beberapa dekad ini.

“Selepas Tufan al-Aqsa, musuh Zionis-Amerika tidak lagi dapat berjuang sendirian menentang negara atau kumpulan. Paksi Rintangan adalah sangat berganding bahu dan mempunyai visi yang jelas dan peranan yang jelas,” kata Hussaini.

“Jika musuh memikirkan apa-apa kebodohan terhadap Lubnan, orang Iraq akan hadir di lapangan dalam jumlah dan peralatan,” tambah beliau. “Kami tidak akan membenarkan Israel atau negara lain menyerang mana-mana negara daripada Paksi Muqawamah atau negara Islam. Sekiranya berlaku sebarang serangan ke atas Yaman, serangan ke atas Amerika dan sekutu mereka akan menjadi tidak terhad.”

Merujuk kepada penentangan selama berbulan-bulan rakyat Palestin terhadap perang genosida Israel ke atas Gaza, jurucakap Kata’ib Hezbollah memberi amaran bahawa kumpulan anti-keganasan Iraq akan meneruskan serangannya ke atas wilayah yang diduduki.

“Apa yang penting bagi kita sekarang ialah menghentikan pembunuhan beramai-ramai rejim penjajah terhadap saudara-saudara kita di Palestin dan menarik balik kepungan mereka. Kemusnahan kubu kuat dan kepentingan musuh di rantau ini tidak akan berhenti jika pencerobohan tidak berhenti di Gaza,” kata Hussaini.

Jurucakap itu juga menyatakan kesediaan tempur kumpulan muqawamah utama Iraq dan sokongannya kepada rakyat Palestin di wilayah yang dikepung sejak pencerobohan Israel bermula lebih tiga bulan lalu.

“Selepas taufan Al-Aqsa, hubungan dengan muqawamah Palestin semakin erat. Keupayaan muqawamah Islam di Iraq jauh malangkui imaginasi musuh,” kata beliau.

“Muqawamah Islam Iraq telah menyasarkan sasaran kritikal dalam rejim penjajah dengan dron. Muqawamah menggunakan peluru berpandu jelajah yang dibina buat kali pertama dan mencapai sasaran penting di Haifa,” tambah beiau, merujuk kepada serangan hujung minggu Iraq ke atas bandar pelabuhan di bahagian barat laut wilayah Palestin yang diduduki.

Semasa wawancaranya dengan al-Mayadeen, Hussaini juga mengumumkan pengembangan barisan muqawamah ke kawasan lain di seluruh rantau ini dan dunia.

“Dalam tahun dan dekad yang akan datang, skop paksi ini akan berkembang dan sampai ke Asia Timur dan beberapa negara Kaukasia,” kata beliau. “Pertempuran kami dengan Amerika berterusan dan tidak akan berhenti selepas berakhirnya Tufan al-Aqsa.”

Rejim Israel melancarkan perang ke atas Gaza pada 7 Oktober selepas kumpulan penentang Palestin pimpinan Hamas melakukan kejutan Operasi Ribut Al-Aqsa menentang entiti penjajah sebagai tindak balas kepada kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Kempen ketenteraan tanpa henti telah membunuh lebih daripada 23,000 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita. Hampir 59,000 rakyat Palestin yang lain turut cedera.

Rejim Tel Aviv telah mengenakan “pengepungan menyeluruh” di wilayah itu, dengan memotong bahan api, elektrik, makanan dan air kepada lebih dua juta rakyat Palestin yang tinggal di sana.

 

 

Sumber berita: Press TV

Foto: Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *