Muqawamah Islam di Lubnan mengatakan bahawa operasi itu hanyalah “tindak balas awal” bagi pembunuhan Israel terhadap pemimpin kanan Muqawamah Palestin Hamas, asy-syahid Saleh al-Arouri
Muqawamah Islam di Lubnan Hizbullah mengeluarkan rakaman yang menunjukkan sasaran pangkalan kawalan dan pengawasan udara “Meron” Israel yang strategik.
Pangkalan itu, yang diserang pada awal Sabtu dengan 62 peluru berpandu dan roket, dianggap sebagai ibu pejabat entiti penjajah yang paling sensitif dan kritikal di utara Palestin yang diduduki.
Ia bertanggungjawab untuk memerintah, menyelaras, dan mengatur semua operasi udara ke arah Syria, Lubnan, Turki, Cyprus, dan bahagian utara lembangan Mediterranean Timur.
Ini termasuk peperangan siber, pengintipan dan operasi serangan udara dan dron Israel. Selain itu, ia menjadi kediaman kepada jeneral tertinggi Israel, unit elit dan pegawai yang sangat khusus.
Rakaman itu menunjukkan penyasaran tepat di beberapa lokasi dalam “Meron”.
استهدفت #المقاومة_الإسلامية في لبنان، عند الساعة 08:10 من صباح اليوم، قاعدة ميرون للمراقبة الجوية بـ 62 صاروخًا من أنواع متعدّدة وأوقعت فيها إصابات مباشرة ومؤكّدة، ووفق بيان المقاومة، يأتي ذلك في إطار الرد الأوّلي على جريمة اغتيال الشيخ صالح العاروري وإخوانه في #الضاحية_الجنوبية… pic.twitter.com/gtYUKZjjYn
— الميادين لبنان (@mayadeenlebanon) January 6, 2024
Hizbullah berkata bahawa operasi itu adalah “tindak balas awal” terhadap pembunuhan Saleh al-Arouri, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas dan para sahabatnya oleh Israel awal minggu ini dalam serangan di pinggir selatan Beirut.
Ketua kumpulan Muqawamah Sayyed Hassan Nasrallah berikrar pada hari Jumaat bahawa tindak balas pasti akan tiba, sambil menyatakan bahawa operasi telah mendapat lampu hijau – tanpa memberikan butiran – dan kini terletak kepada kepada para komander dan pejuang pertempuran untuk melaksanakannya apabila keadaan medan membenarkan.
Mengulas mengenai sasaran Pangkalan “Meron”, media Israel menyifatkan ia hanya sebagai “permulaan” tentang apa yang akan berlaku jika “ancaman berbagai dimensi itu berkembang.”
“Tembakan roket yang bertalu-talu pagi ini adalah permulaan bagi situasi perang, di mana unsur-unsur Hizbullah akan melancarkan beribu-ribu roket, memberi tumpuan kepada lokasi strategik dan sensitif, seperti infrastruktur negara, pangkalan tentera, dan lain-lain, dan simbol kuasa,” kata agensi berita israel Wallah!.
Sumber berita: Al Mayadeen English
