Kumpulan Muqawamah Islam di Iraq mengesahkan bahawa kedua-dua operasi berjaya mencapai sasaran secara langsung
Muqawamah Islam di Iraq mengumumkan ia menyasarkan pangkalan Amerika Syarikat Ain al-Assad dan al-Shadadi masing-masing di Iraq dan Syria, menggunakan senjata yang sesuai.
Kumpulan Muqawamah mengesahkan bahawa kedua-dua pangkalan telah dihentam secara langsung.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kumpulan berkenaan menekankan bahawa operasi terhadap kedua-dua pangkalan itu muncul sebagai tindak balas kepada jenayah yang dilakukan oleh penjajah Israel terhadap rakyat Gaza, kerana pencerobohan kejam di Semenanjung Gaza yang berterusan untuk hari ke-46 berturut-turut.
Bimbang dengan serangan Muqawmah dan kemungkinan kemalangan jiwa berlaku, sumber Al Mayadeen mendedahkan pada hari Isnin bahawa Amerika Syarikat sedang mengukuhkan beberapa pangkalan penjajahannya di Syria. Sumber itu mengesahkan bahawa Washington membawa lebih banyak senjata dan peralatan, terutamanya sistem anti-udara seperti Avengers dan THAAD, selain mengerahkan lebih banyak tentera secara haram.
Operasi ini dan kekerapannya telah mendorong Washington untuk mengambil langkah-langkah ini, memandangkan kedua-dua pangkalan tentera berada berhampiran barisan hadapan dengan Tentera Arab Syria dan tentera bersekutunya.
Mengikut data terkini yang dikeluarkan oleh Pentagon, pasukan tentera penjajah Amerika Syarikat di kedua-dua negara telah menjadi sasaran kepada 66 operasi dengan penggunaan dron dan roket sejak 17 Oktober. Hampir semua serangan telah diakui oleh Muqawamah Islam di Iraq.
Pentagon mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 62 tentera Amerika Syarikat mengalami kecederaan ringan atau gegaran otak traumatik dalam operasi itu.
Pencegahan yang musnah
Walaupun Amerika meningkatkan ancaman mereka terhadap penyasaran pangkalan mereka, Muqawamah Islam di Iraq bukan sahaja terus menyerang kehadiran tentera Amerika Syarikat bahkan juga meluaskan operasinya untuk menyasarkan tapak tentera Israel di Palestin yang dijajah.
Awal bulan ini, kumpulan Muqawamah mengumumkan bahawa ia menyerang sasaran penting bagi penjajah Israel di pantai Laut Mati.
Dalam satu kenyataan, paksi Muqawamah Iraq berkata operasi itu dibuat sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh penjajah Israel terhadap orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita, dan orang tua, sambil mengesahkan bahawa ia akan terus “menyerang kubu kuat musuh” sehingga pencerobohan Israel ke atas Gaza tamat.
Sumber berita: Al Mayadeen English
