‘Kami menolak pemindahan warga Gaza ke Sinai, penyingkiran isu Palestin’: Presiden Mesir

Abdel Fattah al-Sisi mencadangkan untuk memindahkan sementara rakyat Palestin ke Negev Israel

 

Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi pada hari Rabu sekali lagi menolak pemindahan warga Gaza ke Semenanjung Sinai kerana pengeboman Israel di Semenanjung Gaza yang sedang berlangsung, sambil menekankan pentingnya tidak berkompromi terhadap perjuangan Palestin.

“Saya juga telah menekankan penolakan Mesir terhadap penyingkiran isu Palestin melalui instrumen ketenteraan, atau sebarang percubaan untuk mengusir Palestin secara paksa dari tanah mereka, atau mengorbankan negara-negara di rantau ini bagi menjayakan agenda ini,” kata al-Sisi pada sidang akhbar bersama dengan Canselor Jerman Olaf Scholz di Kaherah.

Berkenaan situasi di Gaza, al-Sisi mengatakan bahawa apa yang berlaku di Gaza sekarang “bukan hanya masalah mengambil tindakan ketenteraan terhadap Hamas tetapi usaha untuk mendorong penduduk awam untuk berlindung dan berhijrah ke Mesir.”

Beliau memberi amaran tentang bahaya “pemindahan paksa Palestin dari Gaza ke Mesir,” sambil mengatakan bahawa ia akan menjadi panduan untuk “pemindahan rakkyat Palestin dari Tebing Barat ke Jordan.

“Memindahkan rakyat Palestin dari Gaza ke Sinai hanya memindahkan idea perlawanan dan pertempuran dari Semenanjung Gaza ke Sinai,” katanya, sambil menambah bahawa langkah ini boleh mengakibatkan “Sinai menjadi pangkalan untuk melancarkan operasi menentang Israel.”

“Dalam hal ini, Israel akan bertindak balas dan menyerang wilayah Mesir, dan Mesir adalah negara besar yang dengan tulus berminat untuk perdamaian dan kita tidak perlu mensia-siakannya (kedamaian), dengan idea yang tidak dapat dilaksanakan,” kata al-Sisi.

Beliau mengatakan bahawa Mesir adalah negara yang berdaulat, sambil menambah sejak perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1979, “kami secara konsisten menegakkan pilihan strategik bagi resolusi perdamaian, mengajak negara-negara lain untuk bergabung dengan kami dalam usaha ini.”

“Horizon kewujudan negara Palestin telah disekat dalam tiga dekad terakhir, walaupun terdapat inisiatif yang telah dikemukakan,” kata presiden Mesir.

Beliau juga menunjukkan kegagalan inisiatif “untuk menubuhkan negara Palestin yang bebas tentera dengan kehadiran pasukan antarabangsa atau Arab, dengan memastikan keselamatan dan kestabilan kedua-dua rakyat Palestin dan Israel.”

Al-Sisi mencadangkan pemindahan sementara rakyat Palestin ke Gurun Negev di Israel

“Sekiranya memang ada gagasan untuk memindahkan rakyat Palestin, maka Gurun Negev di Israel dapat berfungsi sebagai destinasi yang berpotensi, membenarkan Israel menyelesaikan misi yang dinyatakan untuk menumpaskan muqawamah atau kumpulan bersenjata seperti Hamas dan Jihad Islam,” kata beliau.

Beliau mengatakan bahawa Mesir akan “terus menerima bantuan kemanusiaan dan berkomitmen untuk menyerahkannya ke Semenanjung Gaza melalui penyeberangan ssmpadan Rafah ketika keadaan memungkinkan perkara ini, dengan mempertimbangkan fakta bahawa Mesir tidak menutup lintasan Rafah sejak pecahnya krisis.”

“Namun, perkembangan di lapangan dan serangan Israel berulang kali di bahagian lintasan Palestin menghalang operasinya,” tambah beliau.

 

 

 

Sumber berita: Rania Abu Shamala, Anadolu Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *