Delegasi Hamas Dan Jihad Islam Bertemu Di Mesir

Sumber Palestin mengumumkan pertemuan delegasi Gerakan Muqawamah Islam Palestin (Hamas) dan Gerakan Jihad Islam di Kaherah, ibu negara Mesir.

Delegasi Hamas dan Jihad Islam baru-baru ini mengunjungi Kaherah untuk membincangkan beberapa isu Palestin dan bertemu dengan pegawai Mesir.

Laman web Palestin Alyoum pada Isnin melaporkan, delegasi gerakan Jihad Islam yang dipimpin oleh setiausaha agung gerakan itu, Ziyad al-Nakhala, bertemu dengan Ismail Haniyeh, ketua biro politik gerakan Hamas, pada Ahad malam di Kaherah.

Dalam pertemuan ini, kedua belah pihak membincangkan isu nasional Palestin, pencerobohan rejim Zionis terhadap Masjid Al-Aqsa dan warga Quds dan Tebing Barat, serta para tahanan di penjara rejim ini.

Selain itu kedua pihak membincangkan strategi untuk memperkuat dan mengembangkan hubungan strategik antara kedua gerakan itu demi kepentingan muqawamah dan bangsa Palestin.

Dalam pertemuan tersebut, delegasi Hamas dan Jihad Islam menekankan kesinambungan operasi muqawamah sebagai satu-satunya pilihan rakyat Palestin untuk menghadapi rejim Zionis dan pencerobohannya.

Kedua-dua pihak juga membincangkan perkembangan politik serantau dan manfaatnya untuk kepentingan rakyat Palestin dan perjuangannya, serta menekankan peranan Mesir dalam menyokong rakyat Palestin.

 

 

 

Sumber berita: Pars Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *